Empat Didakwa Hasut Sabah Sarawak Keluar Malaysia

Kota Kinabalu – Empat orang di hadapkan ke mahkamah di sini di bawah Akta Hasutan kerana dikatakan mempunyai risalah yang menggesa supaya Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

 

Bahan risalah itu dikatakan berkait dengan Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia yang dikendalikan oleh seorang anak Sabah yang menetap di London.

 

Azrie Situ, 25, Jemmy Liku Markus Situ, 32, Erick Jack William, 29, dan Joseph Kolis, 29, mengaku tidak salah terhadap tuduhan iitu di Mahkamah Sesyen.

 

Mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dan diarah menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah.

 

Empat tertuduh itu ditahan bersama lima yang lain awal bulan lalu kerana memlilik risalah berbaur hasutan.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memberi amaran kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kumpuan yang cuba menggugat keahlian Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.