DAP Perlu Sokong Hudud, Elak Pakatan Berpecah – Tuan Ibrahim

Kuala Lumpur – DAP dan PKR perlu bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS selama ini jika tidak mahu melihat Pakatan Rakyat (PR) berpecah kerana pelaksanaan hukum hudud itu tidak melibatkan orang bukan Islam terutama di Kelantan.

 

“Untuk elak PR pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam,” kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam entri terbaharu di laman Facebooknya, hari ini.

 

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) itu Rabu ini.

 

Persidangan khas DUN Kelantan itu akan bermula esok hingga Khamis ini selepas ditangguhkan pada 29 Dis tahun lepas berikutan banjir besar yang melanda negeri ini.

 

Minggu lepas, Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta parti itu mengkaji semula pindaan itu dan membentangkannya semula kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebelum membentangkannya di DUN Kelantan.

 

Permintaan Gobind dibuat selepas tiga Exco PAS Kelantan membentangkan draf pindaan enakmen berkenaan kepada MPPR di Parlimen.

 

Namun kerajaan negeri PAS Kelantan berkata, cadangan pindaan itu tetap akan dibentang seperti yang dijadualkan.

 

Berikut adalah padangan penuh beliau berhubung perkara ini:

 

Untuk elak PR pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakman Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam.

 

Lagipun mereka telah melakukan melalui proses demokrasi yang menjadi asas perjuangan bersama.

 

Namun jangan pula bila UMNO menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda UMNO akan bergabung dengan PAS.

 

Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong.

 

Apakah bila Tun Mahathir menyerang 1MDB sebagaimana kita menyerang Najib lalu kita buat kesimpulan Mahathir akan menyertai PR?

 

Ada perkara yang menjadi hak bersama, dan ada perkara yang kita berbeza. UMNO / BN tetap menjadi ‘musuh’ bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.