China Beri Amaran Kepada Myanmar

BEIJING – CHINA. Tentera China akan mengambil langkah tegas jika terdapat sebarang serangan berulang dari pasukan keselamatan Myanmar, selepas insiden bom dari pesawat negara itu terjatuh ke dalam wilayah China dan membunuh empat orang.

 

Timbalan Ketua Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Fan Changlong berkata, pesawat tentera udara Myanmar telah merentasi sempadan negara beberapa kali sejak kebelakangan ini.

 

“Pihak Myanmar perlu menyedari betapa seriusnya perkara ini. Pesalah perlu dihukum, mereka perlu minta maaf, bayar ganti rugi dan jelaskan sendiri kepada keluarga mangsa.

 

“Myanmar perlu mengetatkan peraturan terhadap angkatan tentera supaya kejadian sama tidak berulang. Jika tidak, kami akan ambil tindakan lebih tegas untuk melindungi nyawa, harta benda dan keselamatan rakyat China,” katanya lagi.

 

Sejak bulan lalu, pasukan keselamatan Myanmar telah bertempur dengan pemberontak di sempadan China dan China turut menggesa negara itu agar mengurangkan operasi ketenteraan.

 

Bagaimanapun, Myanmar menafikan insiden bom berkenaan dan memberitahu pemberontak mungkin melepaskan tembakan ke arah China untuk mewujudkan salah faham. – Reuters / Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.