Barang Pameran Bomba Di Dataran Pahlawan Lesap

Kuala Lumpur – Pelik tapi benar – Sebuah muzium yang mempamerkan peralatan dan jentera lama yang digunakan oeh anggota bomba tempatan pada zaman dahulu di Dataran Pahlawan, di Melaka didapati hilang sehingga menimbulkan tanda tanya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 

Hanya bangunan berkenaan sahaja yang tinggal manakala kesemua kandungan dan papan tanda hilang di dalam muzium itu lesap.

 

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kehilangan barangan yang digunakan untuk dipamerkan di muzium itu menjadi misteri dan usaha sedang dijalankan untuk mencarinya.

 

Beliau berkata, jabatan itu menyedari bahawa muzium tersebut masih beroperasi sehingga tahhun 2000 di bawah pengurusan agensi kerajaan negeri.

 

“Kita tidak tahu bila sebenarnya muzium itu ditutup dan di manakah kesemua barang di dalamnya. Kita akan mendapatkannya kembali untuk kita dapat mendirikan muzium kita sendiri,” katanya dipetik portal berita mStar selepas menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Balai Bomba Jalan Kubu pada Sabtu malam.

 

Beliau berkata, jabatan itu akan berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan di negeri itu mengenai bagaimana untuk mendapatkan semula peralatan yang dipercayai disimpan di tempat lain.

 

Mohd Nor berkata, beliau turut menyokong cadangan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Nazili Mahmood untuk menjadi Balai Bomba Jalan Kubu yang terletak berhampiran dengan Jonker Walk, sebagai galeri Bomba dan Penyelamat.

 

“Jika kita dapat menemui semula peralatan dan jentera yang hilang, kita akan pamerkannya di Jalan Kubu. Ini juga akan menambahkan lagi tumpuan pelancong ke negeri ini dan melengkapkan Melaka sebagai bandar bersejarah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.