Ahli IS Berusia 12 Tahun Ditugas Tembak Mati Pengintip Yahudi

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) melaksanakan hukuman mati pertama terhadap warga Israel selepas lelaki itu dikesan sebagai pengintip kepada ejen yahudi, Mossad.

 

Hukuman tembak terhadap Said Ismail Muslem, 19, telah dilakukan oleh ahli IS yang baru berusia 12 tahun.

 

Dalam video hukuman mati yang dimuat naik ke laman web rangkaian kumpulan berkenaan mendedahkan, IS yang sedang giat membunuh pengintipnya berjaya mengesan Ismail yang menerima upah daripada Yahudi.

 

Lelaki itu juga dikatakan telah mendapat latihan dan tunjuk ajar oleh Mossad dalam menyalurkan maklumat mengenai IS.

 

Helah ejen yahudi itu terbongkar apabila dia cuba menjadi sukarelawan bagi IS dalam menentang lawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.