17 AJK PAS Kawasan Batu Bermufarakah Dari Kepimpinan PAS Pusat

GOMBAK – 17 daripada 25 Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Kawasan Batu mengambil keputusan drastik dengan bermufarakah dari kepimpinan PAS yang ada sekarang.

 

Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin berkata  keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan sikap kepimpinan PAS Pusat khususnya presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Katanya, Abdul Hadi gagal bertindak menangani isu-isu dalaman sehingga tercetusnya krisis yang berlarutan dalam parti.

 

“Krisis yang sudah menjadi rahsia umum ini, merupakan krisis paling teruk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada tahun 1982 selepas Presiden PAS ketika itu, Datuk Mohd Asri Muda dijatuhkan, kira-kira 30 tahun yang lalu,” katanya pada sidang media dii Madrasah Tarbiah, di sini, hari ini. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.