KUALA LUMPUR – Kehadiran Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Menara Datuk Onn malam ini seolah-olah mengesahkan beliau sah akan bertanding jawatan dalam pemilihan Umno.
Zafrul yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Kota Raja tiba pada jam 8.07 malam kelihatan bergegas untuk ke ruangan mesyuarat.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul pernah mengesahkan hasratnya bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada pemilihan parti Mac ini.
Kata beliau, hasrat itu bagi membolehkan dirinya bersama pemimpin yang akan dipilih nanti menyumbang khidmat kepada parti khususnya bagi memulihkan Umno.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan tujuan kehadirannya sama ada untuk menghadiri mesyuarat MKT malam ini atau menyerahkan borang pencalonan.