KUALA LUMPUR – “Tun Dr Mahathir Mohamad sudah benar-benar pulih daripada sakitnya apabila kembali meratib nama saya,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Najib nyata ‘gembira’ dengan perkembangan kesihatan terkini Dr Mahathir.

“Eh.. dia kembali ratib nama saya dah.

“Maksudnya dia benar-benar dah pulih tu.

“Terbaik! Ucap Najib dalam hantaran di Facebooknya.

Dalam pada itu, meskipun sering ‘bercakaran’ di media sosial, Najib tetap mendoakan kesejahteraan Dr Mahathir.

“Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik pada Tun Mahathir dan Allah permudahkan semua urusan beliau,” doa Najib.

Semalam dalam sepucuk surat kepada pengundi Johor, Dr Mahathir menyebut rakyat Johor telah menolak calon-calon UMNO dan BN di dalam pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018 kerana mereka tidak mahu bertindak dan mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatan dan
sebaliknya terus mempertahankannya.

“Kali ini, mereka masih lagi mempertahankan kleptokrat. Kerana itu parti saya, Pejuang menyertai PRN Johor dan akanberusaha menyekat kleptokrat dan kluster mahkamah mencapai perancangan
mereka,” katanya dalam surat berkenaan.