Dr Mahathir Bimbang Kerajaan PH Tumbang, Dakwa BN Punca PH Gagal Tunai Janji

KUALA LUMPUR – Rakyat akan menukarkan kerajaan Pakatan Harapan sekiranya gagal memenuhi janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, berdasarkan senario semasa, rakyat kini sedang memerhatikan pentadbiran kerajaan sama ada boleh memenuhi janji yang dibuat.

Namun beliau mengakui PH tidak dapat melaksanakan sebahagian janji tersebut selepas sembilan bulan bergelar kerajaan.

“Sekarang ini negara, rakyat memerhatikan untuk melihat apakah kerajaan baharu ini dapat melaksanakan janji itu.

“Tetapi malangnya, kami (PH) tidak dapat menunaikan banyak janji.

“Mana-mana kerajaan yang tidak memenuhi janji akan jatuh dan begitu juga untuk pusingan akan datang kerajaan ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama sempena Pesta Demokrasi Kuala Lumpur 2019 anjuran Gerakan Pembaharuan Untuk Asia Tenggara (FORSEA) di di sini hari ini.

Lain-Lain Berita Menarik;-

PH Perlu Fokus Tunai Janji, Henti Tuding Jari Salahkan Kerajaan BN – Daim Zainuddin

Kenapa Terima Sampah dan Katak UMNO? Dulu Mahathir Janji Tolak Golongan Ini – DAP

Cadangan Dr Mahathir Kekal PM Hingga PRU15 Tidak Bercanggah Dengan Janji PH, Kata Mukhriz

Kenapa Awal-awal Tabur Janji, TMJ Perli Syed Saddiq Isu Peruntukan Sukma Johor

PAS dan UMNO Teruskan Kerjasama Seperti Biasa – Naib Presiden PAS

Turut hadir, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Mahathir menambah, rakyat ingin melihat perubahan segera selepas PH mengambil alih kerajaan daripada pentadbiran Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kerajaan hari ini berdepan kesukaran dalam melaksanakan pembaharuan yang pantas berikutan ketirisan yang ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu.

“Orang ramai sudah tentu tidak sabar dan mereka mahu melihat perubahan sekarang.

“Tetapi mereka perlu menanggung dengan kerajaan sekarang kerana ia memerlukan masa untuk membetulkan semua kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu (BN),” katanya.

Beliau memberi amaran kepada kerajaan PH, jika dapat berkuasa terlalu lama seperti kerajaan sebelum ini, ia akan tumbang juga jika tidak mengambil kritikan rakyat secara serius. – MalaysiaGazete

Berita Berkaitan;-

Mengecewakan, Tak Sampai Setahun Mahathir Sudah Mungkir Janji, Kata Naib Presiden PKR

Shafie Apdal Tetap Berharap PPBM Patuhi Janji Tidak Masuk Ke Sabah

PPBM Tetap Masuk Sabah, Tak Perlu Persetujuan Parti Warisan – Dr Mahathir

Tutup Satu Tol, Turunkan Harga Minyak & Tunai Janji Jika Nak Menang PRK Semenyih

PH Banyak Buat Lantikan Politik, Bertentangan Dengan Prinsip dan Janji Manifesto – Penganalisis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.