5 Sekeluarga Maut Pasir Jerlus

PASIR PUTEH – Perkelahan empat keluarga sempena cuti Perayaan Tahun Baharu Cina bertukar tragedi apabila lima daripada mereka lemas di pantai di Kampung Tok Bali, di sini.

Dua keluarga dari Tanah Merah dan dua dari Semenyih, Selangor yang menginap di chalet berdekatan, mandi beramai-ramai di pantai sebelum lima daripada mereka dikatakan lemas akibat pasir jerlus.

Mayat Yazul Bahari Yaacob, 46, dan anaknya, Yasmin Nor Aliza, 10, dan adiknya, Yuzrina Yaacob, 38, dan seorang saudara, Zulfika Suhaimi, 10, ditemui tidak lama selepas kejadian.

Sementara seorang lagi mangsa, Khaizuran Waliyuddin Suhami, 5, masih hilang.

Tiga mayat mangsa yang dijumpai pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Superintendan Markandan Subramaniam berkata, polis difahankan pihak pengurusan chalet melarang penginap mandi di pantai tersebut.

“Pantai ini bukan tempat mandi-manda untuk orang ramai, saya difahamkan terdapat tanah jerlus di mana ia boleh memerangkap mangsa secara tiba-tiba.

“Seorang mangsa ditemui tidak lama selepas itu sementara selepas 10 minit, tiga lagi mangsa ditemui,” katanya, lapor Sinar

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmy Mustofar berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) masih meneruskan usaha mencari seorang lagi mangsa.

Katanya, selain pasukan Bomba, operasi mencari mangsa turut dibantu polis, Polis Marin dan Maritim .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.