Tawar Hati Dengan Penerbit

Kuala Lumpur: “Saya pun dah lupa berapa baki yang tertunggak kerana sudah terlalu lama,” kata pelakon Izreen Azminda yang masih belum menerima baki bayaran hasil lakonannya dalam filem Pak Pong.

 

Izreen, 32, berkata, filem berkenaan menjalani penggambaran lima tahun lalu tetapi baru tahun ini ditayangkan iaitu mulai 23 Februari ini.

 
Izreen berkata, dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan filem itu akan ditayangkan pada 23 Februari ini kerana penggambarannya dijalankan lima tahun lalu.

 

“Saya pernah bertanya mengenai bayaran tertunggak itu, namun penerbit memaklumkan bahawa ia akan dilunaskan pada hari tayangan gala,” katanya.

 

Izreen berkata, dia tidak akan memberikan sebarang komitmen untuk mempromosikan filem itu kerana menganggap pihak penerbit tidak menghormati kerjanya sebagai pelakon.

 

“Pengarah filem itu, Fauzi Nawawi ada menghubungi dan meminta saya untuk hadir mempromosikan filem itu bersama pelakon-pelakon lain tetapi rasanya saya tidak mahu terbabit lagi.

 

Menurut Izreen, walaupun wataknya dalam filem itu hanyalah sebagai penampilan khas dan tidak terbabit dalam banyak babak, namun itu adalah komitmen yang diberikannya ketika berlakon.

 

“Walaupun bukan pelakon utama tetapi saya sudah menjalankan tugas sebagai pelakon. Bukan saja komitmen masa, lokasinya juga di luar Kuala Lumpur dan mereka sepatutnya berfikir mengenainya,” katanya.

 

Selain Izreen, filem ini turut dibintangi Hairul Azreen, Siti Saleha dan Marsha Milan.

 

Sementara itu, penerbitnya, Raja Mohammad Mohd Ismail ketika dihubungi tidak dapat ditemubual kerana baru saja menjalani pembedahan akibat kanser kulit.

 

Malam gala filem berkenaan yang sepatutnya berlangsung Jumaat ini turut dibatalkan berikutan Raja Mohammad terpaksa dimasukkan ke hospital.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.