Taktik Basi, Warga Asing Didakwa Didaftar Sebagai Pengundi Untuk Pru-14

 

Semakin dekat dengan pilihan raya, maka banyaklah cerita dongeng yang disebarkan oleh pembangkang.

 

Jika dulu terdapat dakwaan kononnya 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke tanah air untuk dijadikan pengundi hantu dan blackout, kini timbul lagi satu pembohongan pembangkang.

 

Kali ini UMNO difitnah telah mula mendaftar warga asing melalui Jabatan Pendaftaran Negara bagi persediaan pilihan raya umum ke-14 (Pru-14) di Sabah dengan alasan kononnya ia taktik terbaru yang digunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional bagi menafikan hak pribumi Sabah.

 

Bukan setakat di situ, kononnya setakat ini JPN telah mengeluarkan resit berjumlah kira-kira 30,000 dan diagih-agihkan kepada semua 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru di negeri berkenaan.

 

Apa yang pasti, ia adalah taktik basi yang dikitar semula oleh pembangkang yang kini kian terdesak.

 

Sebelum ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mendakwa kononnya kerajaan merancang membawa masuk 700,000 warga China ke Forest City, Johor Baharu dan diberikan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

 

Dakwaan itu bagaimanapun dibidas ramai kerana ia hanya bertujuan menanam curiga terhadap kerajaan dalam kalangan rakyat dan boleh disifatkan sebagai satu perbuatan tidak bertanggungjawab serta berbahaya kepada keharmonian negara.

 

Cukup-cukuplah pembangkang. Serangan yang dilakukan ini sudah basi dan hanya kitar semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.