Polis Sahkan Seorang Suspek Lelaki Kes Bunuh Kim Jong-Nam Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penahanan suspek warga Indonesia yang ditahan berhubung kes pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Kim Jong-Nam sebelum ini adalah hasil daripada penahanan seorang lelaki tempatan petang semalam.

 

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, lelaki berusia 26 tahun itu merupakan teman lelaki wanita warga Indonesia yang ditahan di sekitar Ampang, dekat sini, kira-kira pukul 2 pagi tadi.

 

“Hasil daripada soal siasat terhadap suspek, polis kemudian mendapat maklumat mengenai lokasi kedudukan wanita tersebut.

 

“Siasatan masih berjalan dan buat masa ini kita masih belum mendapat maklumat mengenai sejauh mana pembabitan lelaki tersebut dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.