Penghuni Kondo Terkejut, Beruang Berkeliaran

KUANTAN – Kemunculan seekor beruang matahari di kawasan Kondominium Kuantan Tembeling mencetuskan keresahan penghuni tersebut apabila sedang berkeliaran mencari makanan di blok-blok penginapan kelmarin.

 

Beruang sebesar saiz lelaki dewasa itu difahamkan sering muncul di kondominium tersebut sejak sebulan lalu dan kejadian itu turut dirakamkan oleh televisyen litar tertutup di premis tersebut, petik Kosmo.

 

Kejadian terbaharu itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi dan disedari oleh pengawal keselamatan apabila terdengar bunyi tong sampah tumbang berdekatan pondok kawalan.

 

Pegawai bangunan, Helmy Suffian Othman berkata, pengawal keselamatan yang terkejut bertindak membaling kayu cota sebelum haiwan tersebut kembali memasuki kawasan hutan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.