Johor Kuatkuasa Undang-Undang Cegah Salah Guna Nama Kesultanan Johor

 

JOHOR BAHRU – Johor dijangka menguatkuasakan undang-undang yang mencegah dan menyekat penyalahgunaan lambang, jata dan gelaran nama-nama Kesultanan Johor tidak lama lagi.

 

Untuk tujuan itu, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Rang Undang-undang Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Negeri Johor 2017 akan dibentang dalam Dewan Undangan Negeri pada akhir Mac ini.

 

Katanya, langkah itu susulan ada pihak yang menggunakan gelaran terbabit untuk menipu masyarakat.

 

“Kerajaan juga sudah buat keputusan supaya di taman-taman perumahan misalnya, bangunan-bangunan persendirian tidak boleh menggunakan nama-nama yang ada kaitan dengan institusi diraja.

 

“Misalnya kalau buat bangunan, Bangunan Bukit Serene ataupun Bangunan Mahkota, itu semua tidak boleh digunakan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.