Jakim Ingatkan Doa Mekah Bukan Untuk Diniagakan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan tertentu yang menawarkan pakej khidmat valet doa atau servis doa di Mekah pada harga tertentu.

 

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menerusi satu kenyataan berkata, adalah tidak wajar untuk menjadikan doa sebagai produk atau perkhidmatan komersial kerana perbuatan tersebut mencemarkan kesucian agama Islam.

 

“Hak termakbulnya doa adalah milik Allah semata-semata, bukan terletak kepada manusia. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah.

 

“Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah. Pakej valet doa ini jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.