Geng Fendi Tumpas

TELOK KEMANG – Empat anggota kumpulan Geng Fendi yang disyaki terlibat dalam kegiatan pecah kereta di daerah ini sejak Januari lalu, ditahan polis.

 
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Adzli Abu Shah berkata, kumpulan jenayah itu dikesan polis ekoran beberapa kes pecah kereta dan melarikan barang berharga yang dilaporkan di bandar ini, Telok Kemang dan Lukut, petik Utusan.

 

Menurut beliau, tiga daripada suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Politeknik dekat Telok Kemang pada 8 Februari lalu manakala seorang lagi diberkas pada 12 Februari lepas.

 

“Selain terlibat dalam kegiatan pecah kereta, mereka juga disyaki mencuri tiga buah kereta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.