Aiskrim Nasi Lemak Tular Di Kedah

 

ALOR SETAR – Peminat aiskrim yang inginkan kelainan dalam menikmati kelazatan pencuci mulut itu Boleyn mencuba keunikan aiskrim nasi lemak di kios Skream Soft Serve by Melly di Caffe Diem di Jalan Penjara Lama, Pekan Cina di sini.

 

Pengusahanya, Melissa Tan Chia Hui, 25, yang lebih dikenali sebagai Melly berkata, kios aiskrim itu baru sahaja dibuka pada 19 Januari lalu dan salah satu perisa aiskrim yang popular adalah nasi lemak, petik Kosmo.

 

“Aiskrim nasi lemak yang saya hasilkan sendiri ini menjadi bualan ramai terutama peminat aiskrim selepas ia viral di Facebook pada pertengahan bulan lalu,” katanya ketika ditemui di kiosnya di sini semalam.

 

Tambah Melly aiskrim nasi lemak itu terdiri daripada perisa lemak santan yang ditaburi ikan bilis goreng, telur puyuh, kacang tanah, sambal goreng dan timun.

 

“Rasanya adalah manis berlemak dengan rasa santan dan sedikit pedas kerana ada taburan sambal goreng di atasnya,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.