Proton Panggil Semula 94,577 Model Exora, Preve & Suprima

SHAH ALAM – PROTON Holdings Berhad (Proton) akan memanggil semula 94,577 unit kenderaan yang mengalami kerosakan selepas mencapai perbatuan purata sebanyak 40,000 kilometer (km).

 

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abdul Harith Abdullah berkata Proton akan membelanjakan lebih RM2 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian perkhidmatan untuk menggantikan hos penyejuk CFE yang akan pecah disebabkan oleh degradasi bahan hos tersebut.

 

“Inisiatif panggilan balik semula ini akan bermula serta-merta dan dijangka mengambil masa enam bulan untuk diselesaikan.

 

“Kami akan menghubungi para pemilik dan keutamaan akan diberikan kepada kereta dengan perbatuan 40,000km dan ke atas,” katanya dalam taklimat media di Pusat Kecemerlangan Proton pada Selasa.

 

Menurut Abdul Harith, kos untuk menggantikan hos getah berkenaan hanya bernilai RM7-8 setiap satu, namun kos buruh akan menjadi mahal.

 

Model yang terlibat dalam inisiatif panggilan semula ini terdiri daripada Exora, Preve dan Suprima.

 

Dalam pada itu Proton turut memperkenalkan kepada media model terbaru Proton Perdana yang dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini.

 

Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, model tersebut sudah boleh ditempah dan akan berharga antara RM100,000 hingga RM150,000. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.