PM Tiba Di Sunnylands Hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN

CALIFORNIA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Springs, California, Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN di Sunnylands.

 

Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN diadakan untuk memperingati peningkatan taraf hubungan dialog AS-ASEAN kepada perkongsian strategik.

 

Ia juga menjadi pentas ideal untuk pemimpin ASEAN dan Amerika Syarikat melibatkan diri dalam pertukaran formal dan tidak formal, terutamanya berhubung kerjasama ASEAN-AS serta isu-isu serantau dan antarabangsa.

 

Atur cara sidang kemuncak itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu mempromosikan Komuniti Ekonomi ASEAN yang inovatif dan berciri keusahawanan serta melindungi keamanan, kemakmuran dan keselamatan di rantau Asia Pasifik.

 

Pemimpin ASEAN dan AS dijangka mengeluarkan dokumen yang menekankan tentang prinsip-prinsip yang dipersetujui kedua-dua pihak ke arah menjuruskan hubungan dialog itu kepada perkongsian strategik yang baharu. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.