Penyokong Helang Merah Tuntut Tiket Percuma

ALOR SETAR – Peminat pasukan Helang Merah mula berkumpul di Stadium Darul Aman, dekat sini, seawal jam 9 pagi untuk mendapatkan tiket percuma perlawanan antara Kedah dan Terengganu, malam ini.

 

Tinjauan di Stadium Darul Aman mendapati sekurang-kurangnya 500 peminat sudah mula memenuhi perkarangan luar stadium bagi menuntut tiket percuma dengan beratur sejam lebih awal, walaupun kaunter hanya dibuka pada jam 10 pagi.

 

Keadaan di pekarangan luar stadium kelihatan tenang tanpa sebarang tindakan provokasi dengan semua beratur bagi menuntut tiket masing-masing.

 

Sebanyak 16 kaunter tiket dibuka di Stadium Darul Aman bagi pengedaran tiket percuma itu dengan seorang hanya boleh menuntut satu tiket sahaja, lapor BH.

 

Ia susulan pengumuman dibuat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) semalam untuk memberikan 24,000 tiket percuma kepada peminat bola sepak bagi menghargai kejayaan Helang Merah melangkah masuk ke Liga Super.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.