Malaysia Salur Lebih RM900,000 Bantu Pelarian Syria Di Jordan, Lubnan

KUALA LUMPUR – Malaysia telah menyumbangkan lebih RM900,000 bagi membantu pelarian Syria di Jordan, yang kini berdepan dengan musim sejuk.

 

Sumbangan berkenaan dijana menerusi Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia (GCWF) dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

 

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Malaysia juga telah memberi sumbangan kemanusiaan seperti selimut dan susu tepung kanak-kanak kepada 100 keluarga pelarian Syria.

 

Bantuan tersebut disampaikan oleh Duta Besar Malaysia ke Jordan, Zakri Jaafar kepada setiap wakil keluarga pelarian pada 11 Februari yang lalu.

 

“Program pengagihan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelarian Syria yang lain dilaksanakan di sekitar Jordan bermula pada 13 Feb lalu.

 

“Kedutaan telah mendapat bantuan daripada Pertubuhan Kebajikan Hashemite Jordan (JHCO) bagi mengenalpasti keluarga-keluarga pelarian Syria yang tinggal di kalangan masyarakat Jordan, iaitu di luar daripada kem-kem pelarian untuk diberikan sumbangan ini,” katanya di sini pada Isnin.

 

Program bantuan kemanusian ini adalah hasil inisiatif penaung GCWF dan Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.