Malaysia Mampu Jadi Hab Halal Terkemuka Dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia berupaya menjadi hal halal terkemuka dunia merangkumi pelbagai bidang dan tidak hanya tertumpu kepada industri pemakanan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menggesa pembabitan semua pihak terbabit dalam menjayakan hasrat itu.

 

“Kita akui Malaysia bagus dalam bidang penciptaan tapi kurang membuat langkah susulan.

 

“Sebagai contoh, industri halal Malaysia berjaya menarik jumlah pelaburan bernilai RM10.6 bilion tahun lalu,” katanya ketika merasmikan Forum Kosmetik dan Perapian Diri Halal: Gaya Terkini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, sebentar tadi.

 

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.-BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.