Hotel Mewah Dalam Penjara?

MEXICO CITY, MEXICO – Penghawa dingin, peti sejuk mini, akuarium dan sauna mudah alih di temui pihak berkuasa negara itu sebuah penjara Mexico di mana 49 banduan terbunuh dalam pergaduhan, tiga hari lalu.

 

Berhubung kejadian tersebut, warden dan penguatkuasa Penjara Topo Chico di bandar perindustrian utara Nuevo Leon telah ditangkap dan dituduh gagal untuk mengambil langkah-langkah keselamatan.

 

Polis tempatan mendapati warden dan penguatkuasa penjara tersebut membiarkan keselamatan penjara diceroboh lebih-lebih lagi ke atas tahanan yang berpengaruh, lapor AFP

 

Apa yang lebih mengejutkan adalah penemuan sebuah katil bersaiz besar selain televisyen skrin rata serta ruang mandian mewah di dalam bilik penjara yang menempatkan ketua kartel dadah Zetas, Ivan Hernandez Cantu, atau dikenali dengan panggilan ‘El Credo’.

 

Menurut Ketua Pendakwaraya, Roberto Flores berkata, ketika kekecohan berlaku, seorang wanita turut berada bersamanya.

 

“Semua kelengkapan dan barangan itu sudah dirampas,” katanya.

 

Penjara tersebut turut mempunyai medan selera, kedai runcit dan juga bar minuman yang dikendalikan oleh tahanan penjara.

 

Pada Khamis lalu, rusuhan dan pergaduhan tersebut dipercayai ‘meletus’ apabila Hernandez dan seorang lagi pemimpin Zetas, Juan Pedro Zaldivar Farias atau ‘Z-27’ berebut hak menguasai penjara itu.

 

Dalam kejadian itu kebanyakan mangsa mati akibat ditikam atau dipukul dengan batang kayu oleh tahanan penjara lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.