Video: IS Pancung 21 Rakyat Mesir Di Libya

Kaherah – umpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa memancung 21 rakyat Mesir beragama Kristian Qibti di Tripoli, Libya dalam rakaman video terbaharu yang disiarkan di media sosial, semalam.

 

Presiden, Abdel Fattah Al-Sisi berkata, negaranya berhak menghukum pembunuh itu ketika beliau memanggil mesyuarat ketua-ketua keselamatan dan mengisytiharkan tujuh hari berkabung selepas video berkenaan tersiar di media sosial.

 


IS Pancung 21 Rakyat Mesir Di Libya by suaratv2014

 

Rakaman dikeluarkan militan IS itu menunjukkan 21 tebusan memakai jaket oren dalam keadaan tangan bergari bersedia dipenggal kepala oleh orang berbaju hitam.

 

Kumpulan militan itu mendakwa rakaman itu diambil di kawasan pantai di wilayah Tripoli, Libya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.