Tindakan Biadab Penyokong Pas Hanya Malukan Pas

Ledang – Tindakan penyokong Pas menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menziarahi kematian bekas  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah memberikan imej tidak baik kepada parti itu yang perjuangannya bertunjangkan Islam.

 

Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, mereka bukan sahaja biadap kerana upacara berkenaan tidak sepatutnya dicemari dengan insiden berkenaan.

 

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, keterbukaan Najib datang menziarahi jenazah bekas Menteri Besar Kelantan itu membuktikan beliau pemimpin yang berjaya menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat, khususnya umat Islam.

 

“Saya kecewa dengan perkara tersebut yang sepatutnya tidak berlaku ketika ramai yang bersedih ekoran pemergian ulama yang terkenal dengan sifat zuhud. Apa juga keadaan kita perlu bersangka baik terhadap semua orang.

 

“Islam melarang menggunakan kata-kata kesat kepada orang lain. Begitu juga Nabi Muhammad SAW tidak ajar umatnya bersikap biadab, sebaliknya mahu mereka tunjuk sikap yang baik sebagai orang Islam” katanya selepas menyampaikan bantuan Tahun Baharu Cina Parlimen Ledang di Bangunan MCA Ledang di sini hari ini.

 

Menurutnya mereka sepatutnya bersangka baik terhadap semua orang sama ada yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia ketika mengulas ketidakpuasan hati penyokong Pas dengan kehadiran perdana menteri.

 

“Islam melarang hambanya menggunakan kata-kata kesat kepada orang lain, begitu juga Nabi Muhammad SAW tidak ajar umatnya bersikap biadap sebaliknya mahu mereka tunjuk sikap yang baik sebagai orang Islam.

 

“Mereka ini sama seperti pada zaman perjuangan Nabi Muhammad ketika menyebarkan dakwahnya juga baginda dihina dan dicerca oleh golongan yang membencinya,” katanya.

 

Beliau berkata, perkara utama yang perlu  diberikan perhatian ialah memperkukuh perpaduan dalam Islam berbanding kutuk mengutuk.

 

Tegasnya, solidariti baik bukan hanya mengembirakan orang Islam sahaja tetapi juga yang bukan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.