SPR Bermesyuarat Rabu Tetapkan Tarikh Pengundian PRK DUN Chempaka

PUTRAJAYA 16 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khamis lalu.

 

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN Kelantan, semalam. Menurutnya, mesyuarat akan berlangsung pada pukul 10 pagi di ibu pejabat suruhan jaya itu di sini dan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

 

“Mesyuarat adalah bagi membincangkan tarikh-tarikh penting seperti tarikh kekosongan DUN N.06 Chempaka, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Menurutnya, sidang akhbar mengumumkan tarikh-tarikh berkenaan oleh Abdul Aziz akan diadakan selepas mesyuarat berakhir. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.