Seorang Maut Dalam Kebakaran Di Ipoh

Ipoh – Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas terperangkap dalam kebakaran rumah kedai tiga tingkat di Greentown di sini awal pagi tadi.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Yahya Madis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.45 pagi, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

 

“Dua wanita dipercayai terperangkap dan telah dikeluarkan oleh pihak bomba.

 

“Seorang daripada mangsa dipercayai sudah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

 

Mangsa dikenali sebagai Norhashimah Mohd Ismail, 48, manakala seorang lagi yang cedera dikenali sebagai Siti Nur Ayu Jamal, 17.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.