Saya Tidak Pernah Sorok – Nabil

Petaling Jaya – Pelawak Nabil Ahmad sentiasa terbuka untuk berkongsi kegembiraan dan wajah anak yang bakal dilahirkan isterinya Nazirah Ayub kepada umum melalui laman sosial.

 

Bercakap kepada mStar online, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, berkata, sebagai selebriti dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkongsi perkara itu buat tatapan peminat-peminatnya.

 

“Saya tidak pernah sorok anak kerana bagi saya peminat juga ingin kongsi kegembiraan itu. Mungkin ada artis yang mahukan privasi kepada anak mereka dan ia adalah hak masing-masing.

 

“Orang kenal kita dan tidak salah mereka untuk kenal anak kita juga,” ujaryang bakal menimang cahaya mata kedua pada pada 18 Mac ini.

 

Jelas Nabil, isterinya akan melahirkan bayi mereka secara pembedahan. Kaedah tersebut dilakukan berikutan jadual kerjanya yang terlalu sibuk hingga menyebabkan terpaksa membuat persiapan awal buat Nazirah.

 

Nabil juga kini sibuk mencari nama yang sesuai untuk bayi keduanya itu.

 

Katanya, dia masih akan mengekalkan nama Naira pada awal nama iaitu gabungan nama dia dan isteri dengan membawa maksud cahaya.

 

“Saya akan kekalkan nama Naira pada awal nama iaitu nama Nabil dan Zira, maksud Niara pun baik iaitu cahaya. Susah sebenarnya nak cari nama yang seusuai yang mana kalau boleh membawa maksud baik dan komersil sekali,” ujarnya.

 

Nabil dan Nazirah berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Naira Mikayla yang berusia 2 tahun. – mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.