Perkara Baik Anwar Buat, Mengajar Anak Isterinya Setia – Syed Rosli

Kuala Lumpur – Sifat kerbersamaan sebagai satu keluarga dan semangat yang ditunjukkan anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipuji pemimpin UMNO yang menyifatkan tokoh politik yang disabit bersalah meliwat bekas pembantunya tujuh tahun lalu itu sebagai seorang ketua keluarga yang berjaya mencorakkan ahli keluarganya.

 

 

Menurut Ketua Penerangan UMNO Cawangan, Syed Rosli Jamalullail, sikap bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun bukan penyebab untuk mendorong rakyat memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk menggantikan kerajaan sekarang yang dipimpin Barisan Nasional (BN).

 

 

“Saya teruja juga melihat semangat mereka terutama anak-anak DS (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang cukup setia dengan papanya.

 

 

“Saya rasa antara perkara yang baik Anwar Ibrahim buat adalah mengajar isteri dan anak-anak supaya “stay together as a family” dalam apa jua.

 

 

“Tetapi untuk rakyat memilih PR menggantikan kerajaan UMNO Barisan Nasional bukan mudah kerana ‘track record’ kerajaan BN amat baik selama ini dan jelas terbukti,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

 

 

Katanya, banyak kekeliruan dalam PR yang dianggotai PAS, DAP dan PKR membuatkan rakyat semakin muak dan jemu kepada barisan kepimpinan parti-parti tersebut.

 

 

Malah, Syed Rosli menambah pemimpin PR seharusnya lebih menumpukan kepada kebajikan rakyat di setiap negeri yang dinaungi mereka berbanding agenda yang disifatkan ‘bercelaru’.

 

 

“PAS perjuangkan Islam kononnya tetapi selalu disanggah oleh DAP yang sering cuba menghalang syiar Islam.

 

 

“PKR pula tidak jelas perjuangan mereka kecuali perjuangan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 

 

“Banyak kekeliruan antara mereka yang buatkan rakyat semakin muak dan jemu kerana rakyat mahukan mereka pemimpin-pemimpin PR fokus pada bantuan selesaikan masalah rakyat terutama pada negeri – negeri yang mereka perintah,” katanya dalam kenyataan sama.

 

 

Susulan itu, Syed Rosli menggesa agar pemimpin PR membetulkan diri terlebih dahulu sebelum menanam cita-cita untuk memerintah negara kerana hanya pemimpin BN yang memahami ‘keunikkan’ Malaysia.

 

 

“Perbetulkan diri kamu sesama sendiri dulu pemimpin-pemimpin PR sebelum ada cita-cita untuk memerintah negara kerana Malaysia ini sebuah negara unik bukan negara biasa, kita ada pelbagai bangsa dan agama untuk dijaga kepentingan mereka.

 

 

“UMNO BN telah, sedang dan akan sentiasa lakukan yang terbaik kerana mereka pemimpin UMNO BN faham,” tegasnya. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.