Peniaga Cina Marah, Arahan Tutup Permis Perniagaan Setiap Hari Jumaat

Kota Bahru – Para peniaga bukan Islam di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dilaporkan marah dengan arahan menutup premis perniagaan pada setiap hari Jumaat dari pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang.

 

Kota Bharu merupakan pihak berkuasa tempatan kedua melaksanakan peraturan tersebut selepas kerajaan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu dan arahan tersebut merangkumi semua pemilikan premis perniagaan, sama ada Islam atau bukan Islam.

 

Surat bertarikh 14 Januari dan ditandatangani oleh Setiausaha Majlis Rosnazli Amin, memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi arahan tersebut dan telah diedarkan kepada semua perniagaan.

 

Bagaimanapun, arahan itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan ahli perniagaan bukan Islam, yang ingin dikecualikan daripada peraturan baharu ini kerana mendakwa ia merugikan mereka.

 

“Semua pekerja saya adalah bukan Islam. Jika saya menutup perniagaan selama dua jam setiap minggu, saya akan mengalami kerugian. Selama ini, saya mendapat untung paling banyak pada hari Jumaat apabila semua kedai lain ditutup.

 

“Saya tidak nampak sebarang sebab untuk saya menutup kedai kerana saya tidak mempunyai pekerja Islam,” kata seorang ahli perniagaan, yang enggan namanya disiarkan, lapor mstar.

 

Seorang lagi peniaga berkata, premis perniagaan bukan Islam tanpa pekerja Islam hendaklah dibenarkan beroperasi seperti biasa.

 

“Pekeliling terkini yang dikeluarkan menunjukkan seolah-olah pihak berkuasa cuba menjerat leher kami dengan memaksa kami mengikut ideologi Islam.

 

“Kita harus dikecualikan daripada perintah itu. Ia adalah tidak perlu dan tidak sesuai, ” kata seorang lagi perniaga yang menguruskan sebuah restoran tidak halal.

 

Sementara itu Timbalan Ketua MCA Kelantan, Tan Ken Ten berkata, peraturan itu tidak perlu sama sekali melibatkan entiti perniagaan tidak halal dalam peraturan baharu itu, sambil menegaskan bahawa waktu solat bagi umat Islam adalah bersamaan dengan waktu makan tengah hari untuk orang lain.

 

“Ia akan menjadi sesuatu yang janggal untuk pelanggan. Sebelum ini, semua entiti perniagaan kecuali premis tidak halal boleh membuka perniagaan semasa solat Jumaat.

 

“Sekarang, ia telah menjadi mandatori untuk semua; jika tidak, lesen dan permit mereka tidak akan diperbaharui atau lebih teruk lagi, mereka perlu membayar denda, “katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.