Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman Zaidi

Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi hari ini, menolak permohonan semakan kehakiman Mejar Zaidi Ahmad untuk mencabar keputusan Mahkamah Tentera meneruskan pendakwaan terhadapnya, tahun lalu.

 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan Zaidi selaku pemohon yang diwakili peguam, Azhana Mohd Khairudin dan merekodkannya dengan kos RM2,000.

 

Asmabi membuat keputusan itu, selepas membenarkan permohonan bantahan awal Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bagi pihak Mejar Jeneral Datuk Azizool Arif Abdul Ghani yang disaman atas kapasiti pihak berkuasa sidang, Presiden Mahkamah Tentera dan mahkamah itu, selaku responden pertama hingga ketiga.

 

Bulan lalu, Zaidi dijatuhi hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong serta-merta selepas didapati bersalah di atas dua dakwaan melanggar protokol mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.