Lafaz Cerai Eizlan Yusof Ikut Hukum Syarak

Kuala Lumpur – Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini mengesahkan lafaz cerai dibuat pelakon, Datuk Eizlan Yusof, 44, terhadap bekas isterinya, Vie Santie Harun pada 28 September tahun lalu, mengikut hukum syarak.

 

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memutuskan sedemikian selepas berpuas hati dengan keterangan plaintif dan defendan kepada mahkamah.

 

Pada prosiding itu, Vie Santie selaku plaintif diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong manakala Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof tidak diwakili.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.