Khutbah Jumaat: Kenapa Yang Tak Sunat, Gatal Punggung? – Ridhuan Tee

Oleh: Ridhuan Tee Abdullah

 

Kuala Lumpur – “Peliknya, khutbah itu ditujukan kepada orang Islam, kenapa yang tidak bersunat gatal punggung,” soal penceramah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah apabila wujud individu yang mempersoalkan khutbah Jumaat diterbitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), baru-baru ini.

 

Menurutnya, individu tersebut yang digelar sebagai wakil rakyat kiasu Pulau Pinang sebagai seorang yang jahil apabila mempertikaikan khutbah JAIS, bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah”, sedangkan dia tidak begitu arif dan pakar dalam hal tersebut.

 

“Inilah akibatnya apabila si jahil berbicara dalam bidang bukan kepakarannya. Pakar pun, kadangkala kalah juga, bila berada di mahkamah (ICJ). Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Malu dan boleh merosakkan akidah.

 

“Belum pun isu rogol reda, tiba-tiba wakil rakyat ultra kiasu Pulau Pinang membuat kenyataan rogol dengan mengaitkan khutbah Jumaat JAIS dua minggu lalu,” katanya menerusi tulisannya berjudul ‘Bila Si Jahil Berbicara’ dalam akhbar Sinar Harian, hari ini.

 

Jumaat lalu, JAIS menerusi khutbahnya menyatakan wanita Muslim wajib menutup aurat untuk mengelak daripada diganggu secara fizikal atau mental, mengelak fitnah, pandangan jahat dan perkara buruk.

 

Tambah kenyataan tersebut menyatakan kejadian seperti rogol, zina dan sumbang mahram boleh dielak jika wanita menutup aurat.

 

Susulan itu, Exco wanita Pulau Pinang, Chong Eng mengkritik khutbah Jumaat JAIS dengan menyatakan mesej khutbah itu memberi maklumat yang tidak tepat mengenai isu rogol dengan menyalahkan mangsa rogol dan ia menunjukkan sikap berat sebelah sebagai lelaki dalam kepimpinan Islam.

 

“Mesej tutup aurat langsung tidak membantu mangsa wanita dari segi serangan seksual dan penderaan,” katanya.

 

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Ridhuan yang juga pensyarah Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam, UniSZA menyatakan ultra kiasu itu (Chong) tidak berfikir secara rasional sebelum melontarkan kenyataannya.

 

Malah, Ridhuan turut mempersoalkan sesetengah pihak yang ‘membisu’ tanpa mengambil sebarang tindakan kepada Chong.

 

“Kepada yang faham, sudah tentu kita akan berkata, bahawa khutbah tersebut mahu mengangkat martabat wanita. Peliknya, kenapa MCA, Gerakan dan lain-lain diam membisu? Tidak pula dituduh wanita putih ini rasis?

 

“Kena pada kita, rasis belaka. Kena kepada mereka, itu namanya hak,” ujarnya lagi.

 

Bagaimanapun, Ridhuan tidak menolak jaminan bahawa tidak menutup aurat merupakan faktor wanita lebih menjadi mangsa rogol tetapi Islam lebih mengambil langkah mencegah.

 

“Memanglah tutup aurat bukan jaminan untuk kena rogol. Perogol tidak memilih mangsa. Agama kami lebih kepada mengambil langkah pencegahan. Jika ditakdirkan ramai yang tutup aurat kena rogol. Itu sudah takdir.

 

“Saya tidak nafikan wanita bangsa saya (Cina) kurang kena rogol. Kebanyakan mereka lakukan seks atas dasar suka sama suka meskipun belum mendaftarkan perkahwinan. Suka, teruskan, tidak suka tinggalkan. Itulah yang berlaku kepada saudara mara saya. Sebab itu tidak ada istilah rogol,” katanya lagi.

 

Berikut adalah pandangan penuh beliau yang dipetik dari Sinar Harian Online:

 

BILA SI JAHIL BERBICARA

 

JURUCAKAP G25 berkata, jika hudud dilaksanakan, Kelantan akan diserbu oleh perogol kanak-kanak dan dewasa, untuk memuaskan nafsu mereka di sana.

 

Kenapa begitu bersangka buruk dengan undang-undang Islam sedangkan kita belum pernah melalui dan merasainya? Mengaku diri beramal dengan Islam, di manakah keyakinan kepada ALLAH? Tidakkah kita yakin kepada rahmat ALLAH apabila perintahNya dilaksanakan?

 

Paling kurang, pergilah melawat ke Brunei. Lihat betapa aman sentosanya keadaan di sana. Rahmat ALLAH datang mencurah-curah sejak syariat Islam dilaksanakan.

 

Lagi pun, apakah sistem yang diamalkan hari ini berjaya membendung jenayah rogol? Tidak juga. Malah semakin ramai yang kena rogol, jenayah berleluasa. Tidakkah perlu mencari alternatif lain?

 

Majoriti manusia cenderung ke arah melakukan kebaikan. Manusia yang rasional tidak akan merogol. Mereka yang merogol hanya segelintir sahaja. Sebab itu, Islam mengambil pendekatan mencegah dengan hukuman agak berat.

 

Ilmu kita tentang rogol, jangan hanya terhad pada empat saksi sahaja dan buku Inggeris Hashim Kamali. Kitab-kitab hendaklah ditelaah bersekali. Apakah benar jika tiada empat saksi, maka bebaslah perogol?.

 

Bagaimana pula dengan takzir, hirabah (kerana memeras), Qisas (jika mencederakan atau menyebabkan kematian), diat (denda ganti rugi) dan sebagainya?

 

Dalam kata lain, kepelbagaian kes ini boleh disabitkan melalui pelbagai kaedah mengikut pertuduhan. Malah, kes rogol lebih mudah ditangani berbanding zina.

 

Inilah akibatnya apabila si jahil berbicara dalam bidang bukan kepakarannya. Pakar pun, kadangkala kalah juga, bila berada di mahkamah (ICJ). Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Malu dan boleh merosakkan akidah.

 

Belum pun isu rogol reda, tiba-tiba wakil rakyat ultra kiasu Pulau Pinang membuat kenyataan rogol dengan mengaitkan khutbah Jumaat Jais dua minggu lalu.

 

Peliknya, khutbah itu ditujukan kepada orang Islam, kenapa yang tidak bersunat gatal punggung?

 

Wakil rakyat itu mempertikaikan khutbah Jais, bertajuk “aurat: antara kebebasan dan maruah”, yang menekankan kepentingan menutup aurat bagi mengelakkan mudarat lain seperti rogol.

 

Ultra kiasu kata, orang yang tutup auratlah yang paling ramai kena rogol. Sebab kainnya mudah diselak, berbanding memakai seluar ketat, yang sukar ditanggalkan.

 

Katanya, isi kandungan khutbah Jais bercanggah dengan fakta, tidak benar, tidak bertanggungjawab, tidak menghormati wanita dan bias.

 

Kepada yang faham, sudah tentu kita akan berkata, bahawa khutbah tersebut mahu mengangkat martabat wanita. Peliknya, kenapa MCA, Gerakan dan lain-lain diam membisu? Tidak pula dituduh wanita putih ini rasis?

 

Kena pada kita, rasis belaka. Kena kepada mereka, itu namanya hak.

 

Peliknya lagi, kenapa tidak bandingkan kes rogol di negara barat yang tidak menutup aurat atau negara paling seksi?

 

Mengikut kajian di barat, berpakaian seksilah yang paling banyak mengundang kepada rogol. Zig Ziglar (2000), pakar motivasi Amerika, bercerita panjang lebar tentang hal ini.

 

Hujah ini disokong oleh Sudin Dhavilika (2014), bukan Islam, Menteri di Jabatan Kerja Raya, Goa, India. Beliau pernah mencadangkan larangan pemakaian bikini di pantai.

 

Begitu juga pemakaian skirt pendek dan kelab malam. Pemakaian sebegini boleh mengundang kepada cabul dan rogol serta keganasan ke atas wanita.

 

Kenapa ultra kiasu tidak boleh berfikir rasional seperti menteri India ini? Nasib baiklah di negara kita ada etika berpakaian ketika berada di pejabat, Dun atau Parlimen.

 

Kadangkala sangat meluat melihat, pergi ke pejabat awam, sudah ada notis ditampal dengan jelas, berpakaian sopan bila berurusan dengan pejabat kerajaan. Malangnya, yang datang, baju-T lebih panjang daripada seluar pendeknya.

 

Bentuk tubuh badan wanita dan lelaki berbeza. Pendedahan dan penonjolan wanita menggiurkan dan memberahikan, menjadikan lelaki terangsang untuk merogol. Logiknya, mudah. Tubuh badan wanita memberi tarikan dan rangsangan.

 

Memanglah tutup aurat bukan jaminan untuk kena rogol. Perogol tidak memilih mangsa. Agama kami lebih kepada mengambil langkah pencegahan. Jika ditakdirkan ramai yang tutup aurat kena rogol. Itu sudah takdir.

 

Saya tidak nafikan wanita bangsa saya kurang kena rogol. Kebanyakan mereka lakukan seks atas dasar suka sama suka, meskipun belum mendaftarkan perkahwinan. Suka, teruskan, tidak suka tinggalkan. Itulah yang berlaku kepada saudara mara saya. Sebab itu tidak ada istilah rogol.

 

* Penulis ialah pensyarah Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam, UniSZA

2 thoughts on “Khutbah Jumaat: Kenapa Yang Tak Sunat, Gatal Punggung? – Ridhuan Tee

  • February 16, 2015 at 7:25 pm
    Permalink

    khutah jumaat untuk orang Islam tapi ADUN DAP Kafir ini sebuk pasal apa

    Reply
  • February 20, 2015 at 7:33 am
    Permalink

    ini bukan kah hukum agama , kena tutup aurat bagi wanita . apa masalah depa ni . hang nak buka buka laa ….
    Islam perintah umatnya tutup aurat , kita sampaikan melalui khutbah , supaya tutup aurat sekaligus dapat mengelakkan lebih banyak kes rogol .

    saya perhatikan bla ramaia anak muda lelaki tak kira bangsa , meemndang tepat pada wamita yang membuka aurat , mereka nak marah pula dan ada yang nampak malu … kalau dah buka aurat jangan marah bila dipandang jangan malu , kamu yang minta dipandang. sehingga ada ketika berlaku pergaduhan sebab boy friend gadis buka aurat marah sebab pandang girl friend …. itu lah akibatnya.
    banyak lagi kes-kes lain, cukup buat masa ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.