Kami Sudah Bosan Dengan Krisis Air

Saya amat keliru dengan perjanjian jual-beli antara Puncak Niaga Holdings Berhad dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd kerana menurut surat khabar hari ini perjanjian ini dilanjutkan lagi ke bulan Mac.

 

Bilakah lanjutan ini akan berakhir? Adakah lanjutan ini akan menjejaskan mutu perkhidmatan industri air?

 

Sekarang bulan Februari musim panas juga sudah mula. Kami sekeluarga yang tinggal di sebuah pangsapuri bertempat di Kuala Lumpur tingkat 10 amat bimbang bahawa berkemungkinan catuan air akan diamalkan lagi seperti tahun lepas seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

Pengamalan pelan catuan pada tahun lepas amat menguji kesabaran kami sekeluarga kerana terpaksa angkat air dari tingkat bawah dan naik tangga sehingga tingkat 10 setiap hari.

 

Walaubagaimanapun keadaan itu telah diatasi selepas beberapa bulan.

 

Jika keadaan ini berlaku lagi pada tahun ini adakah catuan ini dapat diselesaikan seperti tahu lepas atau ia akan memakan jangka masa yang agak lama berbanding dengan tahun lepas?

 

Maklumlah, syarikat yang mengurus air pun tidak pasti siapa lagi. Sekarang ini pun sudah banyak berlaku paip pecah dan gangguan air.

Sebagai penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur saya amat tidak berpuas hati dengan pemberian bekalan air percuma sehingga 20 m3 pertama kepada penduduk Negeri Selangor sahaja dan saya berharap selepas proses pengambil alihan ini dilaksanakan Kerjaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan perlu membuat keputusan untuk bekalan air percuma ini turut diberikan untuk penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan ia hanya dapat dilaksanakan apabila proses penstrukturan ini selesai.

 

Kami sudah bosan dan malas mendengar alasan-alasan mengenai pengangguhan penstrukturan semula industri bekalan air di Negeri Selangor dari pelbagai pihak dan saya memohon kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera bagi menyelesaikan penstrukturan semula bekalan air ini.

 

Berilah keutaman kepada rakyat dan pengguna ketika membuat keputusan.

 

KL Boy,
Kuala Lumpur

 

*Artikel di petik dai portal Free Malaysia Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.