‘Jumpa di PRK DUN Chempaka, BN’ – Hatta Ramli

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli menyindir pemimpin parti lawan yang mahu BN tidak bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dikosongkan Datuk Nik Aziz Nik Mat atas alasan menghormati allahyarham.

 

Katanya, jika benar pertimbangan itu, sudah tentu BN tidak cuba merebut DUN Chempaka dalam pilihan raya umum sebelum ini.

 

“Kalau hormati Tok Guru (Nik Aziz), pilihan raya umum yang lepas mereka tak patut bertanding.

 

“Saya tak mahu kata mereka (pemimpin BN) takut, tapi saya tak pasti apa motifnya (tak mahu tanding),” katanya sambil mengingatkan Nik Aziz bertanding di kawasan itu sejak 1967 lagi.

 

Bercakap dalam sidang media hari ini beliau juga menyampai mesej ‘khas’ kepada BN:

 

“Kita jumpa di DUN Chempaka dan Permatang Pauh”.

 

Hatta berkata BN perlu memberi alasan konsisten dengan sebelum ini.

 

“Kalau mereka rasa tak perlu tanding di Chempaka, saya raya mereka harus memikirkan (berbuat begitu) untuk Permatang Pauh. Buat keputusan yang konsisten,” katanya.

 

Beliau menjawab soalan pemberita sama ada BN takut berdepan PAS di Kelantan.

 

Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamad dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebelum ini mencadangkan supaya BN tidak menyertai pilihan raya DUN Chempaka.

 

Ia antaranya bagi menjaga hubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri demi memulihkan negeri itu akibat banjir besar Disember lalu. – Mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.