Hatta Nafi Bakar Kereta Ada Kaitan Jatuhkan Hadi

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli menafikan kejadian cubaan bakar ke atas keretanya, Sabtu lalu ada kaitan dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan usaha menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat memberitahu kes tersebut sedang dalam siasatan polis.

 

“(Kes bakar kereta ada kaitan dakwaan terbaru kaitkan Abdul Hadi?) Tiada kaitan.

 

“Polis sedang siasat. Unit K9 telah dihantar ke rumah saya dan saya yakin mereka akan temui sesuatu,” katanya pada sidang media, di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, hari ini.

 

Hatta adalah antara lima pemimpin tertinggi Pas yang dikaitkan sebagai dalang untuk menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim, baru-baru ini.

 

Kereta miliknya jenis Toyota Fortuner itu mengalami kerosakan kecil apabila cuba dibakar dipercayai perbuatan khianat di kediamannya di Desa Aras, Ampang. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.