Harga Khidmat Internet Lebih Murah

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memulakan perbincangan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menurunkan harga perkhidmatan jalur lebar.

 

“SKMM juga bercadang mengadakan siri perbincangan dengan pihak industri pada suku kedua tahun ini mengenai kawal selia harga runcit bagi memastikan peraturan-peraturan selaras dengan perkembangan semasa, sesuai dengan sektor komunikasi dan multimedia yang kian berkembang,” kata pengerusinya Datuk Seri Halim Shafie

 

Beliau menambah, harga berpatutan untuk perkhidmatan komunikasi seperti pakej jalur lebar bukan sahaja akan mengurangkan beban rakyat bahkan juga meningkatkan kadar pengambilan pakej.

 

Dengan penurunan harga itu, rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah tidak akan ketinggalan dalam era digital ini, tambah SKMM dalam satu kenyataannya hari ini.

 

Sehubungan itu, Halim kata, SKMM akan melaksanakan kajian semula terhadap kadar runcit dan akan bekerjasama dengan pihak industri bagi membangunkan harga pakej jalur lebar yang berpatutan demi manfaat jangka panjang pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.