Video: Demo Liwat, Polis Buru Individu Biadap

Kuala Lumpur – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai tampil memberikan maklumat mengenai segelintir individu yang bertindak biadap semasa perhimpunan yang dihadiri kira-kira 300 orang penyokong Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim di ibu negara pada Sabtu lalu.

 

Demonstrasi itu diadakan sebagai tanda memprotes keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar selepas disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

 

Beberapa keping foto yang tersiar di laman sosial menunjukkan seorang individu telah menconteng tiang dan dinding Kompleks Beli Belah Sogo serta turut menulis kata-kata lucah pada papan tanda restoran makan segera McDonalds.

 

Sebuah bas milik PDRM yang terletak berhampiran lokasi perhimpunan turut disembur dengan cat hitam sebagai tanda protes.

 

 

Dalam satu kenyataan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim menegaskan pihaknya akan meneliti setiap gambar pada perhimpunan itu dan akan memburu mereka yang terlibat.

 

 

“Setiap perhimpunan ada dokumen dan gambar mengenainya termasuk perbuatan janggal atau luar biasa yang berlaku. Kita akan cuba kenal pastinya menerusi gambar yang kita ada,” jelasnya kepada pemberita semalam.

 

Demo Pro Anwar - Conteng Dinding Sogo

 

Demo Pro Anwar - Conteng Bas Polis

 

Demo Liwat - McDonalds

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.