PDRM Siasat Ugutan Kumpulan Bertopeng, Letupkan Mahkamah Malaysia

Kuala Lumpur -Polis sedang mengesan pemilik akaun YouTube ‘isis malaysia 69’ bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah negara ini.

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat kumpulan yang terlibat dengan video itu.

 

“Sesiapa yang cuba menggugat keamanan dan ketenteraman akan menerima padahnya,” katanya.

Sementara itu Bukit Aman hari ini berkata akan menyiasat rakaman video mengandungi ugutan daripada kumpulan yang mendakwa akan melakukan serangan terhadap mahkamah pada 11.30 malam Rabu ini.

 

“Sehingga kini, tiada tangkapan yang dibuat berhubung kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen,” katanya.

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, pihaknya diberi tanggungjawab menyiasat kandungan video berdurasi 1.01 minit berkenaan yang mula tersebar hari ini.

 

“Kita akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat kes ini.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen,” katanya.

 

 

Semalam kumpulan bertopeng terbabit memuat naikan rakaman video yang memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun.

 

“Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

 

“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugut kumpulan yang terdiri empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka.

 

Salah seorang daripada ahli kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia terbabit turut dilihat memegang gambar pelakon Nora Danish ketika rakaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.