Anwar Tidak Disediakan Kemudahan Internet

Petaling Jaya – Status Facebook yang dimuatnaik oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Februari lepas iaitu sewaktu dirinya masih di penjara Sungai Buloh, bukan daripada beliau sendiri.

 

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh sejak 10 Februari lalu, tidak disediakan dengan kemudahan internet, lapor akhbar Sinar Harian.

 

Dalam laporan yang sama, ia memetik kenyataan Twitter rasmi Jabatan Penjara semalam menyatakan, sesiapa (sahaja) boleh kendali akaun Facebook/Twitter beliau (Anwar) dari luar.

 

Kenyataan juga dikeluarkan sebagai respon kepada pertanyaan penulis blog yang mempersoal jikalau Anwar diberikan akses internet di penjara memandangkan Facebook rasmi ketua pembangkang itu masih aktif walaupun selepas menjalani hukuman.

 

Status Facebook Anwar sewaktu berada di penjara ialah, “Cuma minta sedikit ihsan untuk beri sedikit penghormatan tetapi apakan daya. Dari jauh doa dan sentiasa dalam kenangan.”

 

Ia merujuk kepada kegagalannya mendapatkan kebenaran Jabatan Penjara untuk menziarahi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia, Khamis lalu. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.