Agong Kurnia Surat Cara Perlantikan Kepada Empat Hakim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Isnin berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan bagi jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan dua Hakim Mahkamah Tinggi, di Istana Negara di sini.

 

Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Zamani A. Rahim masing-masing menerima surat cara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan.

 

Dua Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pula ialah Vazeer Alam Mydin Meeradan Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun.

 

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

 

Acara angkat sumpah dan taat setia pelantikan hakim itu dijadual berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya, petang ini. -BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.