Sukarelawan MyRaudah Anjur Misi Bantuan Banjir Di Pahang

- Advertisement -

JERANTUT : Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) MyRaudah menggerakkan para sukarelawannya seramai 40 orang untuk membantu mereka yang terjejas akibat bencana alam banjir di negeri Pahang.

Para sukarelawan MyRaudah akan melakukan pembersihan pasca banjir di beberapa buah kediaman dan sebuah masjid di Taman Sri Semantan, pembersihan wakaf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Songsang dan juga menyampaikan sumbangan barangan kepada 12 keluarga yang terjejas akibat banjir di Kampung Bukit Tingkat.

Hadir sama dalam program ini Ahli Parlimen Jerantut, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris serta Dato’ Ruhaidini Abd Kadir selaku Pengasas MyRaudhah.

Nazlan menzahirkan penghargaan kepada MyRaudhah di atas inisiatif dan usaha murni pertubuhan ini untuk misi pasca banjir bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Saya amat berbangga dengan MyRaudhah yang sangat proaktif dengan mewajibkan semua sukarelawan yang terlibat untuk menjalani ujian saringan Covid 19 atau ujian swab sebelum turun padang bagi menyekat penularan wabak ini. Cabaran sebenar bagi mangsa-mangsa banjir adalah aktiviti pasca banjir kerana beban kerja yang banyak dan kehadiran NGO amat dialu-alukan bagi meringankan beban mereka.”

“Saya ingin menyarankan agar pihak kerajaan mengiktiraf usaha murni pihak NGO dari Zon merah yang ingin memberi bantuan atau sumbangan dengan memberikan kemudahan ujian saringan Covid 19 (ujian swab) secara percuma kepada mereka dengan menyediakan pusat sehenti di pintu-pintu masuk negeri bagi menyekat penularan wabak ini.”

“Ujian saringan Covid 19 wajar diberikan secara percuma memandangkan NGO-NGO ini melakukan aktiviti kemasyarakatan dengan menyumbang tenaga dan wang ringgit tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.” kata Nazlan.

Tambah Nazlan, Inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada lebih ramai NGO untuk turun padang memberi bantuan di kawasan yang ditimpa bencana sekaligus dapat mendidik semua pihak agar mematuhi SOP dan secara tidak langsung kita dapat bersama melandaikan lekuk Covid-19 di negara kita.

Sementara itu, Ruhaidini menzahirkan kesyukuran diatas pelancaran MyRaudhah yang disifatkan pertubuhan mesra masyarakat dan berharap agar lebih ramai badan-badan korporat dan orang perseorangan tampil memberi sumbangan bagi menjayakan altiviti kemasyarakatan sebegini.

Pada program membersihkan Masjid Kg Kelola, MyRaudhah turut menyampaikan pelbagai sumbangan berupa wang tunai, 5 unit water jet, telekung, sejadah dan beberapa barangan keperluan harian kepada Ahli Parlimen Jerantut.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyRaudhah menyambut baik saranan Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggalakkan petugas NGO atau orang perseorangan membuat saringan COVID-19 atau ujian swab terlebih dahulu sebelum menjalankan program khidmat masyarakat di kawasan bencana bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

“Para sukarelawan MyRaudhah turut bergotong royong membersihkan sebuah masjid yang terletak di Kampong Kelola di Mukim Kampung Kelola yang merupakan masjid tertua di tubuhkan di tebing Sungai Pahang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat