Sufian Pecah Rekod Aiman Tino, Video Lagu Di Youtube Raih Tontonan Tertinggi

LAGU Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi berjaya memecahkan rekod lagu artis Malaysia yang meraih tontonan tertinggi di YouTube sebanyak 50 juta.

Dimuat naik pada 22 Mac tahun lalu, sehingga jam 11 pagi tadi, lagu berkenaan meraih 50,117,369 tontonan.

Jika sebelum ini rekod itu dipegang oleh lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino yang meraih 40.9 juta tontonan.

Tidak hanya terpilih ke Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), Di Matamu turut menjadi pilihan penonton di YouTube.

Di Matamu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen antara 12 lagu yang akan bersaing di pentas AJL 33 pada 3 Februari ini.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya, Sufian berkata, dia mengucapkan 50 juta terima kasih kepada semua pendengar lagu Di Matamu sehingga berjaya memecahkan rekod yang di pegang Aiman Tino sebelum ini.

“Saya mohon kepada peminat untuk mendoakan supaya diberikan kesihatan yang baik dan dapat membuat persembahan seperti yang dirancang pada AJL nanti,” katanya.

Terdahulu, lagu Di Matamu dilancarkan selepas Sufian putus tunang dengan pelakon Elfira Loy pada 18 Februari lalu.

Selepas itu, muzik video lagu itu turut dilancarkan pada tarikh 23 Mac yang sepatutnya menjadi hari pernikahan mereka berdua. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.