“Betul-betul Mendadak Perubahan”, Netizen Perli #10yearschallenge Safiey Illias

KUALA LUMPUR – Sekarang ini rata-rata pengguna media sosial sama ada di dalam atau luar negara sedang dilanda ‘demam’ #10yearschallenge.

Ia adalah satu ‘cabaran’ di mana individu berkenaan memuat naik perbandingan wajah masing-masing dalam jangka masa sepuluh tahun, iaitu pada 2009 dan 2019.

Artis mahupun selebriti tempatan turut tidak ketinggalan menyahut cabaran tersebut dengan memuat naik gambar mereka di laman sosial.

Bagaimanapun dalam kebanyakan #10yearschallenge, antara yang benar-benar menarik perhatian netizen adalah gambar yang dimuat oleh jutawan kosmetik, Safiey Illias.

Ini kerana gambar yang dimuat naik oleh Safiey di Instagram benar-benar berbeza, dengan gambar pada 2009 memaparkan dirinya sebagai pelajar lelaki, manakala gambar sepuluh tahun berikutnya sebagai ‘wanita’ yang jelita.

“Ramai sangat yang mintak. Done! Proud to be myself (Bangga menjadi diri sendiri). Nothing to hide (Tiada apa yang perlu disembunyikan). #10yearschallenge”, tulisnya.

Posting gambar tersebut mengundang ribuan komen netizen, yang kebanyakannya memperli perubahan ‘mendadak’ beliau.

Tidak kurang juga ada yang mengecam jutawan itu dengan mengatakan frasa ‘bangga menjadi diri sendiri’ sangat tidak sesuai kerana dirinya melalui pelbagai siri pembedahan hanya untuk mengubah diri sendiri.

Bagaimanapun, ada netizen yang mendoakan agar Safiey dipanjangkan usia serta dikurniakan hidayah untuk berubah agar dirinya berkesempatan memuat naik gambar #10yearschallege pada 2029 dengan berpenampilan lelaki pula. -SuaraTv 

2 thoughts on ““Betul-betul Mendadak Perubahan”, Netizen Perli #10yearschallenge Safiey Illias

  • January 17, 2019 at 8:56 am
    Permalink

    Usah tukar ubah kurniaan allah..!! Nak kemana nanti… baik patah balik sebelum terlambat?? Insaflah usah kejar glamour yg tak apa2 pun?

    Reply
  • January 23, 2019 at 12:23 pm
    Permalink

    Takutlah hukum allah swt..andai allah murka.. jadilah manusia yg ada pegangan agama..jgn sesat ??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.