Bella Dally Kongsi Berita Gembira, Umum Sudah Bertunang

KUALA LUMPUR – Selebriti jelita, Bella Dally hari ini mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu.

“Assalamualaikum everyone. I got engaged on 12.01.2019. I would like to thank all of you for your prayers, love and support. It is true, Allah’s timing is perfect,” tulisnya di laman sosial Instagramnya hari ini.

(Assalamualaikum semua. Saya sudah bertunang pada 12.01.2019. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas doa, kasih sayang dan sokongan anda. Memang benar, perancangan masa Allah adalah sempurna)

Memetik laporan Harian Metro, menurut Bella, majlis pertunangannya dilangsungkan secara tertutup di kediaman keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah.

Mendedahkan jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu sebagai Arif, Bella berkata tunangnya merupakan kenalan sepupunya yang juga berasal dari Sabah.

“Arif adalah kenalan sepupu dan beberapa rakan lain. Apabila sering berjumpa beramai-ramai, kami jadi rapat dan cinta pun berputik.

“Saya dapat rasakan antara kami ada keserasian. Begitu juga dengannya. Dalam masa sama, saya pula jenis yang serius dalam perhubungan dan tak nak buang masa. Orang kata, perkara bagus sebaiknya dipercepatkan,” ujarnya sambil menambah mereka mengambil keputusan untuk bertunang setelah 5 bulan mengenali hati budi masing-masing. 

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 28, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor dan pelakon yang popular menerusi drama rantaian Mona Lisa, iaitu Nazim Othman.

Pasangan itu yang berkahwin pada 10 September 2016 bagaimanapun mengumumkan penceraian mereka pada Mei tahun lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.