Wanita Ini Sorokkan Sesuatu Disebalik Pakaiannya, Tiada Seorang Tetamu Pun Yang Sedar Kecuali Anjing Ini

Selalunya jika ada anjing yang berkelakuan aneh, mesti ada sebab disebaliknya.

Terdapat beberapa bukti untuk menyokong teori bahawa anjing mempunyai deria keenam apabila sesuatu yang buruk berlaku.

Contohnya seperti kejadian yang berlaku di salah satu majlis perkahwinan di Nigeria ini.

Menurut  Tribunnews dari Newsely, apabila majlis perkahwinan itu berlangsung, tiada tetamu merasakan ada perkara pelik berlaku, kecuali seekor anjing yang kini disebut sebagai pahlawan.

Ilustrasi

Perkahwinan itu berlangsung pada April tahun lepas di Belbelo, Nigeria.

Ramai tetamu hadir untuk melihat mempelai. Mereka meraikan majlis itu hingga tidak ada seorang pun yang sedar bahawa nyawa mereka sedang terancam.

Ketika itu, ada seorang wanita muda berjalan ke arah orang ramai.

Tiada siapa yang mengesyaki bahawa wanita ini membawa bom di bawah pakaiannya.

Tujuannya adalah meletupkan diri di tengah-tengah orang ramai.

Ilustrasi

Tapi tiba-tiba ada seekor anjing menggonggong dan terus menyerang wanita itu.

Anjing yang dibawa salah seorang tetamu undangan itu merasakan ada sesuatu yang ganjil.

Dia terus bertindak  demi melindungi orang ramai, termasuk pemiliknya.

Anjing itu menghentikan percubaan bom bunuh diri yang dilakukan seorang wanita di tengah keramaian pesta perkahwinan, “kata polis

Tragedi yang kemungkinan besar boleh membunuh beratus-ratus nyawa itu boleh dielakkan.

Disebabkan anjing itu, bom meletup jauh dari majlis berkenaan, namun malangnya anjing dan wanita itu mati ditempat kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.