Video: Sepanyol `Rampas’ Destinasi Pelancongan Dunia

MADRID – Sepanyol dijangka `merampas’ kedudukan Amerika Syarikat (AS) sebagai destinasi pelancongan kedua di dunia manakala Perancis kekal di tempat pertama.

Ketua Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), Zurab Pololikashvili memaklumkan, Sepanyol menerima kira-kira 82 juta pelancong pada tahun lalu.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut tentang kedudukan AS.

Malah beliau juga tidak menjelaskan kedudukan Sepanyol itu walaupun negara itu menjadi sasaran serangan pengganas pada Ogos tahun lalu dan melalui krisis kemerdekaan dari Catalonia yang merupakan tarikan pelancongan utama di negara berkenaan.

Namun kata Pololikashvili, statistik yang tepat akan dikeluarkan pada musim bunga nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.