Video: Remaja Maut Dilempar Kerusi Dari Atas PPR

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki maut selepas ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas pangsapuri.

Kejadian berlaku di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Mangsa, S Sathirawan, 15 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada hentakan kerusi pejabat dipercayai mengenai kepalanya.

Ketika kejadian, remaja itu dikatakan berjalan bersama ibunya, S Kasthurivai, 45 tahun untuk naik ke rumahnya di tingkat 16 selepas pergi ke kedai runcit.

Sebaik ingin memasuki flat berhampiran kawasan tangga, tiba-tiba sebuah kerusi pejabat dipercayai dicampak di tingkat atas mengenai kepalanya.

Sathirawan maut ditempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid mengesahkan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.