Video: Mayon Sudah Hampir Meletus

Lebih 12,000 penduduk diarah mengosongkan zon tujuh kilometer dari Gunung Berapi Mayon di Legazpi, Filipina, yang dijangka meletus beberapa hari lagi, berikutan peningkatan aliran lahar dan asap toksik.

Menurut AFP, Kawah gunung berapi aktif itu berwarna merah terang hari ini dengan pakar gunung berapi meramalkan ia mungkin meletus beberapa hari lagi.

Menurut saintis, gempa bumi dan batuan jatuh menggegarkan puncak Mayon sejak 24 jam lalu akibat letusan didorong wap.

“Agak berbahaya untuk orang ramai berada dalam lingkungan itu dan menyedut abu.

“Berikutan hujan berterusan sejak beberapa minggu lalu, serpihan termendap dalam cerun Mayon boleh menjurus aliran lahar.

“Jika hujan tidak berhenti, ia mungkin berbahaya,” kata ketua pejabat pertahanan awam rantau, Claudio Yucot.

Gunung berapi itu, berbentuk kon hampir sempurna, terletak 330 kilometer di barat daya Manila, petik Metro

Menurut Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS), letusan didorong wap dan batuan jatuh hujung minggu lalu dengan kawah kelihatan menyala petang semalam, adalah tanda peningkatan aktiviti kubah lahar baru.

Kali terakhir lahar mengalir dari Mayon ialah pada 2014 menyebabkan 63,000 penduduk terpaksa berpindah. Mayon yang setinggi 2,460 meter mempunyai sejarah panjang letusan membawa maut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.